Magnet Rezeki
Suicidal thought dan magnet rezeki
“Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa letih, sakit, gelisah, sedih, derita, galau, ataukah duri yang menusuknya, kecuali dengan itu semua Allah hapuskan dosa-dosanya." HR Muslim.
Malahan, Allah akan menghapuskan dosa kita apabila kita berada dalam keadaan bersedih dan berduka. Jadi, bersabarlah ketika ditimpa sakit, sedih mahupun segala ujian yang lain. Kerana Half of islam tu sabar dan half of Islam lagi ialah syukur.
Okay berbalik kepada kisah aku yang banyak bermain dalam minda tadi adalah benda-benda yang tak sepatutnya aku fikir. Sebab aku selalu overthinking. Tapi tak terluah. Antaranya aku fikir aku nak suicide sebab aku terlampau rendah diri, dan susah nak komunikasi dan rasa otak lembab. Benda ini menjejaskan tahap sosial aku. Aku boleh je bercakap kalau one to one dan bercakap sorang depan kamera lama-lama sambil rakam. Tapi bila melibatkan ramai orang aku jadi bingung nak cakap apa. Tak tahu nak dengar yang mana satu. Dan jadi 'kecil' dan lost bila berada dalam keramaian orang ramai.
Sebab aku selalu berhati-hati nak cakap apa, lidah kelu. dan aku rasa macam fake pula kalau jadi orang lain yang bukan diri aku bila nak berinterkasi dengan orang. So, tu lah masalah aku.
Jadi, tadi aku cek gaji aku dah masuk. Lepas tu, aku terus bagi sikit duit gaji kat mak dan ayah aku. Mak ayah doakan supaya rezeki aku dimurahkan. Lepas tu, aku terus buka wassap aku saja nak clear space storage dalam hp. Lepas tu, aku terbaca wassap sorang kakak nama Dhan dari Singapore. Dia menulis tentang cara-cara nak tarik rezeki atau kata lainnya magnet rezeki.
Antaranya ialah banyakkan bercakap dengan Allah. Contohnya, bila kita happy, kita cerita kat Allah, happy nya kita hari ini. Dapat hadiah. Atau bila rasa sedih mengadu kat Allah, ya Allah aku sedih. Bila dapat gaji, ucap terima kasih kat Allah, Allah bagi rezeki. Perbanyakkan berkomunikasi dengan Allah. Dari kita sembang dengan manusia, baik kita sembang dengan Allah. Tuhan yang menciptakan kita. Dia lah pemberi rezeki.
Lepas tu, cara nak dapat rezeki lain plak ialah banyakkan baca Al-Quran dan fahami maksudnya. Sebab bila kita baca Al-Quran, kita akan rasa seolah-olah Allah berbicara dengan kita. Kadang-kadang kan aku pernah rasa seolah-olah macam ayat-ayat AlQuran yang aku baca tu macam memang berkata-kata dengan aku pada waktu yang tepat. Sebab, peristiwa yang aku lalui betul2 sama dan selari dengan ayat tuhan yang aku baca waktu tu.
Disamping itu, kita hendaklah bersihkan hati. Hati yang bersih akan mudah untuk mendapat rezeki. Dan sentiasa bersangka baik akan takdir Allah. Bersangka baik juga kepada manusia lain.
Kemudian, banyakkan bersedekah. Disaat kita dalam kesempitan wang tulah kita kena sedekah.Bila kita sedekah ini, takkan luak pun duit kita. Malah, Allah akan tambahkan lagi rezeki kita. Tak percaya cuba try sedekah je duit kita. RM1 pun jadi lah.
Kemudian, jaga hati ibu bapa kita. Jangan sesekali kecilkan hati mereka. Sebab keberkatan hidup kita bergantung kepada keredhaan mereka terhadap kita. Dan keredhaan Allah bergantung kepada redha ibu bapa.
Lagi satu, jangan dengki dan iri hati akan kejayaan, kebahagiaan dan kekayaan orang lain. Sebaliknya kena banyak mendoakan mereka dan tumpang bahagia atas kebhagiaan dan rezeki mereka. Doakan supaya rezeki mereka bertambah dan doa supaya kita pun insyaAllah akan merasa rezeki sebegitu.
Last but not least,, banyakkan bayangkan dan imagine apa yang kita nak. Kita nak duit? Banyangkan duit sebanyak-banyaknya. Kita nak rumah, kereta dan makanan. Bayangkan dalam visual sight kita. Contoh kita bersungguh sangat nak nasi lemak, esoknya kita dapat nasi lemak jiran tolong masak, contoh.
So, cubalah amalkan teknik2 menarik rezeki. InsyaAllah semua akan dipermudahkan untuk mendapat rezeki. Okay, assalamualaikum. That's all.
Comments
Post a Comment