Posts

Showing posts from January, 2020

Kerja Tadika selama seminggu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum kepada semua yang aku tak tau lah ada lagi ke tak pembaca blog aku ni. Aku sangat-sangat lama dah tak menulis. Sumpah lama dan aku rasa bagaikan hilang bakat menulis aku. Aku semacam stuck dan tak de idea nak tulis apa. Tapi, tadi aku baru lepas mandi dan tetibe aku dapat ilham untuk teruskan balik menulis dan aku fikir aku perlu start menulis sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan aku siapa lagi? Kalau bukan disini dimana lagi? So now. Aku nak cerita pengalaman aku kerja tadika selama seminggu. Yeap anda betul dan tak salah membaca. Aku kerja selama seminggu sahaja. Ya SEMINGGU. Okay aku nak jujur je bercerita kat sini sebab aku tahu tiada siapa yang baca dan salah satu sebabnya aku sebenarnya takut orang judge apa yang aku tulis. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat dengan evaluation orang ramai. Seolah-olah macam penilaian orang itu adalah satu hukuman buatku. I know kita tak patut taku...