Posts

Showing posts from April, 2020

Sahabatku yang bernama Ilani

Assalamualaikum wbt semua. Apa khabar semua? Harapnya korang semua sihat walafiat. Aamiin Kali ini aku nak menulis pasal sahabat aku yang bernama Ilani. Aku berkawan dengan dia sejak bulan 6 tahun lepas tak silap. Eh ke bulan 4? Aku pun tak ingat sangat. Sebab aku ada masalah short term memory sebab sakit mental dan makan ubat. Ubat tu efek dia buat aku banyak lupa banyak benda. Dan ilani ni lah yang selalu ingatkan aku tentang macam-macam perkara yang aku lupa. Sebab dia sangat kuat ingatan. Sumpah kuat. Ilani ni seorang kawan aku yang sangat baik. Sangat baik, selfless, pandai berkata-kata, bijak sebab suka baca buku, pandai bagi nasihat dah macam kaunselor aku hahaha. Semalam kitorang usrah online. Kitorang berbual dari hati ke hati. Aku suka perbualan yang macam tu sebab memang aku suka something yang deep. Dan ilani banyak nasihat aku, nampak kesungguhan dia nak bantu aku sembuh. Dan itu satu benda yang buat aku sangat terharu. Jujur aku cakap, dalam masa sehari tak ...

Aku dan bipolar

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Apa khabar iman? Adakah semakin meningkat, mendatar atau menurun? Haa lebih-labih lagi musim covid19 ni. Hopefully nya, makin meningkatlah dengan segala ibadah yang kita lakukan sebab masa kita banyak spent kat rumah. Dah tak kerja, tak sekolah, cuti pun dah dianjakkan sampai hujung bulan April. Harapnya dengan dilanjutkan lagi tarikh PKP ni, kita dapat tingkatkan amal ibadah dekatkan diri dengan Tuhan, banyakkan spend time dengan family, banyak buat aktivti yang kita suka, yang buat kita happy dan produktif, aktifkan diri kita dengan buat senaman kat rumah, amalkan pemakanan sihat dan banyak muhasabah diri. InsyaAllah kita takkan rasa bosan dan sendu kat rumah. Hargai masa sekarang. Okay, peeps? Okay, tujuan aku tulis kat sini adalah sebab aku dah lama tak update apa-apa. Dulu boleh kata hampir setiap minggu aku menulis. Menulis apa-apa sahaja yang terlintas dihati, apa-apa sahaja aktiviti seharian aku, apa-apa sahaja ya...

List to do untuk Long Term :

1) Tulis novel kisah mental illness aku. Dari kecik sampai besar. 2) Tulis setiap mental illness kat blog dan Facebook. Cth : Depression, Social Anxiety Disorder, Major Depressive disorder, Multiple Personality Disorder, Bipolar Disorder, Multiple Personality Disorder, Schizophernia, PTSD, ADHD dan banyak lagi. 3) Buat video untuk setiap mental illness. Menas cakap tentang apa yang aku tulis dalam bentuk informatif dan santai. Selitkan humurous supaya tak bosan dan menarik perhatian audience. 4) Study dengan lebih mendalam tentang psikologi dan mental illness before tulis dan buat video. 5) Buat assignment tugasan OUM. 6) Study untuk exam. 7) Sambung Master dalam bidang klinikal psikologi. 8)Join training kat syarikat untuk dapatkan lesen selama 3 tahun. 9)Buka company sendiri untuk buat consultation. 10) Yakin yang kau boleh buat semua ini. InsyaAllah.