Aku dan bipolar

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.



Apa khabar iman? Adakah semakin meningkat, mendatar atau menurun? Haa lebih-labih lagi musim covid19 ni. Hopefully nya, makin meningkatlah dengan segala ibadah yang kita lakukan sebab masa kita banyak spent kat rumah. Dah tak kerja, tak sekolah, cuti pun dah dianjakkan sampai hujung bulan April. Harapnya dengan dilanjutkan lagi tarikh PKP ni, kita dapat tingkatkan amal ibadah dekatkan diri dengan Tuhan, banyakkan spend time dengan family, banyak buat aktivti yang kita suka, yang buat kita happy dan produktif, aktifkan diri kita dengan buat senaman kat rumah, amalkan pemakanan sihat dan banyak muhasabah diri. InsyaAllah kita takkan rasa bosan dan sendu kat rumah. Hargai masa sekarang. Okay, peeps?




Okay, tujuan aku tulis kat sini adalah sebab aku dah lama tak update apa-apa. Dulu boleh kata hampir setiap minggu aku menulis. Menulis apa-apa sahaja yang terlintas dihati, apa-apa sahaja aktiviti seharian aku, apa-apa sahaja yang terjadi, orang baca ke orang tak baca ke, aku tetap menulis sebab memang aku orang yang boleh meluah dengan cepat dan lancar melalui penulisan berbanding dengan bercakap. Dan aku sangat suka menulis.




Kalau nak tau blog lama aku dah delete. Sebab ada peristiwa gelap yang dimana aku berada diluar kawalan waktu sakit bipolar tahun lepas. Aku mengalami religious delusional yang mana aku punya fikiran tak stabil. Waktu tu aku fikir yang ada seseorang berniat jahat ke atas ku dan mahu sihirkan aku melalui gambar-gambar aku di social media. Jadi tanpa berfikir panjang aku terus delete semua gambar-gambar aku di instagram, facebook dan delete blog terus! Aku delete.Macam tak percaya yang aku delete diari kehidupan aku. Huwaaa rasa sangat menyesal  delete blog lepas beberapa bulan aku sihat dan sedar. Jadinya aku berazam aku akan  sambung menulis dengan lebih kerap lagi.




Sebenarnya, aku dah sakit bipolar dari tahun 2015, Selang dua tahun. 2015,2017, 2019. Dan bulan lepas seolah-olah nak datang balik sakit tu. Sipi-Sipi je nak datang berulang balik sakit itu. Tapi nasib baik emak dan kawan baikku bertindak cepat untuk bantuku. Sakit yang aku alami ni berkaitan dengan mistik dan perkara ghaib juga. Sebab 'benda' tu tak suka aku. Jadi dia nak ganggu aku dan pceah belahkan aku dan keluarga aku. Dan dia nak aku sentiasa hidup dalam ketakutan. Dan dia berjaya buat macam itu. Aku akan cerita satu-satu apa yang aku alami secara detail tentang sakit bipolar aku di post yang lain. Hopefully Allah izinkan aku untuk menulis untuk bagi awareness kat korang semua pasal sakit bipolar ni. Aamiin.


Okaylah nanti aku sambung tulis lagi. Assalamualaikum.







Comments

Popular posts from this blog

I just wanna rant out

Zaman Universiti dan Rumah

Kerja Tadika selama seminggu.