Zaman Universiti dan Rumah



Okay lepas dah habis zaman persekolahan tahun 2009, aku melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu ke cfs iium di Petaling Jaya. Perasaan dapat masuk ke universiti impian ini sangatlah menyeronokkan. Sebab aku memang suka dan nak sangat smbg belajar kat Uia. Tapi tak kesampaian. Sokay bukan rezeki aku. Nanti aku cerita dengan lebih detail sebab apa aku tak dapat habis belajar. Kawan aku kat situ adalah Anis Amira, Shahriani, Izu Hakimah dan Adila Junior. Ada juga pindah UIA Nilai, then patah balik UIA PJ.


Then aku smbg belajar di Kolej Perkembangan Kanak-kanak di Damansara Damai iaitu satu kolej yang pada aku macam tak sesuai bubuh nama gitu. Tak cool, man. Hahah. Ntoh ler. Tapi masa ni aku ada social anxiety Disorder yang teruk. Actually dari sekolah lagi dah ada. Tapi makin teruk masa kat iium. Nanti aku story lagi lanjut. Ni just nak perkenalkan siapa kawan-kawan aku. Kawan2 aku kat sini ialah Hajar, Ira, dan Hadiah.


Still tak dapat smbg gak belajar aku, masuk International Islamic College dan berkawan dengan Ashikin, Madi dan Nasuha. Ni pun sempat sem satu je, sem dua x amek exam. And the last but not least aku belajar di OUM. Iaitu Open university Malaysia. Di mana university yang menempatkan pelajar yang belajar sambil bekerja atau PJJ atau online learning. Kawan aku kt sini kebanyakannya non-muslim antaranya Chan dan Sir Bali. Oh ye Munirah pun sama tapi lepas aku dah tukar de Diploma ke Degree aku dah tak jumpa dia. Apa kabar lah dia agaknya ye. 


Okay habis pasal universiti. Kita cerita pasal rumah plak. Setahu aku rumah yang pernah aku duduk dulu adalah Kundang, Bukit Rahman Putra, Villa Putra dan sekarang Kuang. Setiap rumah ada kisah dia. Paling aku suka duduk di Villa Putra. Sebabnya ahaa tu kita kena wait and see. Kenapa aku suka duduk situ. Kalau di Kundang aku tak ingat sangat. Apa yang aku ingat ialah mak ayah kata kat sana jiran-jiran suka duduk luar rumah time maghrib dan ada sorang budak gila bogel depan orang. Hahah tak senonoh kan. Dan aku ingat lagi sepupu aku , aku dan adik aku jalan kaki beli ais krim di laluan pejalan kaki yang sempit itu. Dan ada peristiwa di rumah baby sitter yang buat aku trauma dengan lelaki. But now alhamdulillah aku dah sihat.


Seterusnya rumah di Bukit Rahman Putra seingat aku duduk paling lama la, lebih 10 tahun juga. Tapi jiran2 kebanyakannya cina. Yang aku ingat ada sorang lelaki ni schoolmate aku selalu jogging dan aku pernah eksiden motor bawa iman. huhuhu. Sampai aku berdarah-darah. Yang peliknya pak guard tu tak tolong aku padahal aku perempuan kot. Takpe sokay asalkan dia tolong adik aku. Tu yang penting. Then kitorang Pindah Villa Putra, rumah yang paling aku suka. Sebab lawa, besar macam rumah dalam taman. Ada tasik ada playground, ada pakguard. Ada kawan aku Hazim yang ada kembar itu. Dan macam-macam lah yang buat aku suka kan rumah itu. Tapi itu rumah sewa je, mahal plak itu. Kitorang sewa pun sebab nak tunggu rumah kat Kuang siap.


Then, kitorang pun berpindahlah ke Kuang dimana rumah yang kitorang menetap sekarang ini. Rumah ini not bad, lawa. Sebab mak yang reka cipta, ayah pun ada gak tolong bantu sebab ayah jurutera. Aku just pilih cat bilik dan wallpaper. Haha. Yang bestnya kat sini semua melayu tiada cina dan india. Tapi banyak orang indonesia. Yang buat rumah aku ini orang Indon la. Kitorang dah duduk kat rumah ini dari tahun 2015. Sekarang dah 2019. Means dah hampir 5 tahun gak lah kitorang duduk rumah itu.







Comments

Popular posts from this blog

I just wanna rant out

Kerja Tadika selama seminggu.