Kerja Tadika selama seminggu.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.



Assalamualaikum kepada semua yang aku tak tau lah ada lagi ke tak pembaca blog aku ni. Aku sangat-sangat lama dah tak menulis. Sumpah lama dan aku rasa bagaikan hilang bakat menulis aku. Aku semacam stuck dan tak de idea nak tulis apa.



Tapi, tadi aku baru lepas mandi dan tetibe aku dapat ilham untuk teruskan balik menulis dan aku fikir aku perlu start menulis sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi? Kalau bukan aku siapa lagi? Kalau bukan disini dimana lagi? So now. Aku nak cerita pengalaman aku kerja tadika selama seminggu. Yeap anda betul dan tak salah membaca. Aku kerja selama seminggu sahaja. Ya SEMINGGU. Okay aku nak jujur je bercerita kat sini sebab aku tahu tiada siapa yang baca dan salah satu sebabnya aku sebenarnya takut orang judge apa yang aku tulis. Aku tak tahu kenapa aku takut sangat dengan evaluation orang ramai. Seolah-olah macam penilaian orang itu adalah satu hukuman buatku. I know kita tak patut takut pada orang but i dont know why i am too afraid of people's judgement. Aku ada banyak benda yang tak settle dalam diri aku



Kadang-kadang pemikiran aku macam think black and white. Aku tak nampak grey scale dalam life aku. Aku hanya nampak sesuatu perkara tu terlampau negatif atau terlampau positif. Dan buat masa sekarang aku nampak almost semuanya terlampau negatif. Jadi berbalik pada kisah aku kerja tadika selama seminggu adalah sebab aku semacam lost diri aku.



Okay ceritanya bermula begini, aku dapat kerja ini lepas lulus interview. Tak sampai seminggu then owner tadika tu Kak Sabirah namanya tanya aku macam soalan2 berkaitan diriku dan serba sedikit soalan tentang kenapa aku nak kerja kat situ via whatssaps. Dan aku pun diminta bekerja pada hari isnin awal tahun haritu. Dan aku seronok dengan budak-budak kat situ. Aku sangat happy dapat tengok kerenah budak-budak tu. Ada yang petah bercakap macam Muhammad, ada yang pemalu nama Aaron, ada yang manja macam Syatibi, ada yang sangat berdisplin macam Ilyas, ada yang bijak sangat macam Ihsan, ada yang comel macam Suraya, ada pasangan kembar Lina dan Rayyan, ada yang sangat aktif macam Muaz dan ada lagi yang aku tak sebut tapi aku ingat semua nama masing-masing.  Yang membuatkan aku rasa kurang seronok adalah kerana aku tak boleh nak jadi diri sendiri huha huha dengan orang pada waktu siang bekerja, dan aku yang suka menyendiri dan tak bercakap banyak dan bermain handphone pada waktu malam dalam rumah tadika. I know bunyinya macam aku ada multiple personality disorder. But who cares aku memang macam tu. Elemen 9 kan, biasalah.




Bayangkanlah kat rumah tadika itu ada tiga orang selain aku iaitu Liyana dan Asilah. Mereka sangat rapat dan berborak macam-macam. Tapi diorang borak sesama diorang je. Tak libatkan aku dalam conversation diorang. Buat aku macam orang asing. Lama-lama aku rasa left out. Dan aku mula rasa terpinggir dan semacam nak depress. Dan aku rasa tak boleh nak go on. Aku dah set niat dalam hati aku nak buat kawan kat situ. Tapi macam tak serasi dengan diorang. Aku nak tegaskan  kat sini yang bukan salah mereka berdua. Ini aku yang salah sebab persepsi aku yang fikir macam tu. Diorang tak salah.



 Actually Asilah tu dah nak berhenti kerja. Maka next week nya tinggal aku dengan Liyana tu je. Tapi bila aku tengok interaksi Liyana dan Asilah itu sangat spontan dan bersahaja maka aku rasa aku lagi tak boleh nak go on bila tinggal berdua je ngan Liyana nanti. Sebab aku rasa macam diorang anggap aku ni membosankan. Sebab bila diorang berdua macam-macam perbualan rancak diorang bualkan tapi bila berdua dengan aku diorang senyap dan berhati-hati. Aku tak suka situasi macam itu sebab aku seorang yang banyak cakap sebenarnya tapi diorang semacam tak selesa dengan aku. Jadi apa aku boleh buat. Atau aku yang tak selesa sebenarnya. Yup.



Dan aku kembali depress dan banyak tidur. Aku tak tahulah sama ada aku banyak tidur itu sebab aku makan ubat atau sebab psychologist kata orang yang banyak tidor ini dia kesunyian. Aku rasa lebih kepada sebab aku sunyi. Aku perlukan kawan dan teman menyembang.  Tapi cara diorang berdua sembang tu tak suit dengan cara aku. Ntah lah. Akhirnya Kak Sabirah tanya aku kenapa aku banyak tidur. Aku sbenarnya berbelah bagi nak jawab. Last-last aku jujur je cakap yang aku makan ubat. Aku ada sakit mental iaitu Bipolar Type 1. Tapi Kak Sabirah tak tahu apa itu. Maka aku explain lah yang Bipolar tu sakit yang sekian-sekian. Maka demi keselamatan anak-anak tadika dia cadangkan aku berhenti. Dan aku dengan sukarelanya berhenti jua lah aku.




Dan aku rasa 50-50 perasaan itu. Sedih dan lega nak berhenti kerja. Sedih sebab kena berpisah dengan anak-anak kat tadika yang innocent tu. Yang menceriakan hari-hariku. Actually ada satu student yang menarik perhatian aku sampai sekarang iaitu Ilyas. Ilyas ni sangat berdisplin dan smart dan patuh dan comel mata besar dan bijak dan banyak lagilah kualiti yang hebat-hebat ada kat dia. Aku sayang dia lebih sikit lah dari anak-anak lain. Sebab apa ? Sebab aku kesian kat dia. Dia dah cukup bagus tapi parents dia tetap nakkan dia jadi lebih bagus lagi setanding abang dan kakak dia yang lagi bijak pandai. Aku macam why not parents dia belajar utuk hargai dan terima dia seadanya. Kesian kan. His parents are too strict.



Okay thats all sahaja yang aku nak cerita. Need to stop sebab aku nak solat isya' plak ni dan nak study sikit. Hopefully aku boleh kembali menulis balik macam dulu. Thanks kepada sesiapa yang sudi baca blog aku tanpa judge dan prejudis. Really appreciate it. Doakan aku kembali sihat dan rajin untuk buat kerja-kerja rumah. Dan study dan buat assignment. Dan juga doakan aku dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Assalamualaikum peeps. 












Comments

Popular posts from this blog

I just wanna rant out

Zaman Universiti dan Rumah