I just wanna rant out
Actually i dont know what i want to write here. But i just want to rant out what is inside my head. Harini aku rasa sedih, sebab aku tak kuat. Aku tak kuat nak jadi Syahida yang dulu. Aku tak tau kenapa aku lemah sangat. Aku semacam tak kenal siapa diri aku. Apa yang aku nak. Tak tahu hala tuju aku. Padahal aku dah nak cecah 30 tahun. Masa depan aku masih samar-samar. Banyak yang aku tak pasti dalam hidup ini. Kabur. Aku tak nampak jalan masa depan.
Actually, sejurus lepasnya aku habis kursus bakeri di Ampang tu, aku tak rehat lama. Aku terus cari kerja di kedai bakeri juga. Aku pun jumpa satu kedai bakeri di Shah Alam. Waktu tu aku terus rasa macam ouh ni la destinasi aku . Kerja sebagai pembantu bakeri. Memandangkan aku dibekalkan dengan ilmu buat roti, kek dan cookies masa belajar kursus di Ampang tu, aku pun fikir mungkin ni tempat aku. Aku boleh berkongsi segala ilmu yang aku ada dengan mereka. Dengan yakinnya aku pun pergi interview dan alhamdulillah everything is smooth dan aku dapat kerja tu.
Aku pun kerja disitu bersama rakan aku. Aku ajak dia sebab memandangkan dia kata dia nak lari dari rumah. For your information dia ada social anxiety. Aku pun ada juga tapi tak seteruk dia. Dan boleh kata aku dah overcome Social Anxiety tu cuma aku masih ada masalah Dependent Personality dan Avoidant Personality dan aku try hard nak fit in dalam sesuatu group. Dan aku akan pergi kerja, balik kerja dengan kawan aku ini. Sebab as a new person at a new place kita perlukan masa untuk sesuaikan diri .So, aku pun berkepit je lah ngan kwn aku ni, tapi kawan aku ini asyik mengadu macam-macam benda yang itu tak kena ini tak kena, dimana kata-kata yang keluar dari mulut dia tu semua benda yang negatif. Semua tu buat aku drain energy dan aku penat. Penat mendengar dan penat nasihat dia tapi dia kata jangan pedulikan dia. Sebagai kawan mestilah kita nak bantu dia kan. Tapi aku ni banyak juga terkecikkan hati dia sebab bila aku nasihat dia aku terlepas cakap. My bad. I am not good at word.
Btw, kat tempat kerja tu ada 3 orang pekerja lelaki termasuk ketua aku, dan 3 orang perempuan. Tapi sorang laki ni takde dia kawin dan sorang perempuan ni pun takde sebab dia dah convo. Jadi tinggallah 4 orang. Ketua aku ni kira baik jugalah sebab dia suka berkongsi ilmu. Macam-macam aku ilmu aku dapat dari dia. Dan mostly aku jadi good listener pada apa y dia nak share. Its good to hear but its also tired when we listen too much. Sebab tu aku terpaksa kaburkan cita-cita aku nak jadi kaunselor atau psikologis klinikal sebab aku cepat drain bila orang cerita masalah dia kat aku. Plus aku pun tak sihat sangat, otak aku pun tak stabil, dalaman pun sakit. Tak cukup self-love, self-compassion dan self-respect macam mana nak ajar pesakit semua tu. Kita kena ada kasih sayang dan keyakinan yang ampuh dalam diri baru lah kita boleh beri kepada orang apa yang kita ada. Bak kata orang love yourself to love others.
Nak dijadikan cerita hari Jumaat lepas , ada convocation kat Kolej Tahfiz Annabawi iaitu kolej milik Ustaz Ahmad Dusuki. Untuk pengetahuan semua, kedai bakeri yang aku kerja tu pun milik ustaz tu jadi kami pekerja bakeri kena buat production roti sampai beratus-ratus biji untuk dijual kepada para ibu bapa yang datang ke majlis konvo anak-anak mereka. Dah siap uli roti, bakar roti dari pagi sampai 10 malam kena packing plak roti tu satu-satu. Aku pun gigihlah packing roti. Sampai lah pukul 9. 45 pm, terus aku rasa tulang belakang aku sakit sangat. Aku dah tak mampu nak teruskan. Aku cakap kat ketua aku nak balik sebab sakit sangat. Dia pun bagilah aku balik. Mana taknya dari pagi sampai malam. malam tu aku tidur dalam keadaan kesakitan.
Lepas tu aku pun balik ke rumah pada keesokan harinya sebab nak jumpa doktor x - ray tulang belakang. Dan bila dah x-ray memang nampak lah tulang belakang aku bengkok sebab memang sedia maklum aku ada scoliosis bentuk S dari kecik. Bila cerita kat family, mereka cadangkan aku buat rawatan chiropractic. Untuk betulkan tulang belakang. Tempat rawatan tu di Rawang milik perempuan cina. Tapi ni raya cina jadi tempatnya tutup. So kemungkinan minggu depan baru aku buat appointment kot.
Bersambung...
Comments
Post a Comment