Rutin Harian
Assalamualaikum wbt Alhamdulillah Allah masih lagi memberiku peluang untuk bernafas di hari yang baru. Menjalani hidup dengan sederhana dan semampuku. Setelah puas bersedih, aku bangkit kembali melawan segala perasaan negatif itu. Aku akui diriku yang introvert ini. And i am embraced it entirely. Aku akui diriku yang pendiam dan tak banyak cakap ni. Dan aku perlu belajar menyayangi dan menerima diriku seadanya. Lebih baik berdiam dari berkata yang sia-sia bukan? Sokayy, harini aku dah makin okay sikit emosi aku. Maklumlah perempuan kan emosi turun naik. Nak-nak bila tengah cuti ABC, lagilah berkecamuk perasaanya. Dimana dia sendiri tak faham perasaan yang dia alami tu. Apatah lagi nak bagi orang lain fahamkan. Ingat senang ke? Anyway, aku nak ceritakan aktiviti aku seharian ini. Pagi aku bangun pukul 6.15 am. Lepas tu aku mandi dengan air air garam yang aku beli bertahun-tahun lalu. Aku pun tak ingat bila dah aku beli, tapi tak habis-habis lagi. Ada lagi separuh isi garam itu. Garam it...