Rutin Harian

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah Allah masih lagi memberiku peluang untuk bernafas di hari yang baru. Menjalani hidup dengan sederhana dan semampuku.

Setelah puas bersedih, aku bangkit kembali melawan segala perasaan negatif itu. Aku akui diriku yang introvert ini. And i am embraced it entirely. Aku akui diriku yang pendiam dan tak banyak cakap ni. Dan aku perlu belajar menyayangi dan menerima diriku seadanya. Lebih baik berdiam dari berkata yang sia-sia bukan?

Sokayy, harini aku dah makin okay sikit emosi aku. Maklumlah perempuan kan emosi turun naik. Nak-nak bila tengah cuti ABC, lagilah berkecamuk perasaanya. Dimana dia sendiri tak faham perasaan yang dia alami tu. Apatah lagi nak bagi orang lain fahamkan. Ingat senang ke?

Anyway, aku nak ceritakan aktiviti aku seharian ini. Pagi aku bangun pukul 6.15 am. Lepas tu aku mandi dengan air air garam yang aku beli bertahun-tahun lalu. Aku pun tak ingat bila dah aku beli, tapi tak habis-habis lagi. Ada lagi separuh isi garam itu. Garam itu sebagai asbab kita mandi untuk memohon kesihatan dan kesembuhan sakit zahir dan batin kita. Semoga dengan asbab mandian garam tu, ianya menjadi magnet kekayaan, kesihatan, kebahagiaan dan rezeki yg melimpah ruah.


Lepas tu aku sarapan. Then aku menyapu rumah dan buang sampah. Lepas tu, aku baca buku yang bertajuk Quiet. Agak menarik buku tu tentang kehidupan orang introvert yang hidup dalam dunia yang loud dan bising. Baru baca sampai page 15. Sejak hidup di era globalisasi ni (amboi ayat mcm zaman buat karangan spm) , kita dah x pandang dah buku dan lagi berminat tgk video di handphone. Sebab internet kat handphone membolehkan kita tengok macam-macam video dan segala jenis penulisan softcopy. Segala-galanya dihujung jari je. Bak kata adik aku, passion untuk membaca dah kurang sebab ada handphone yang sentiasa melekat di tangan. Aku setuju. Bermakna kita sebagai pengguna handphone kena pandai mengawal penggunaan handphone kita. Ada pro n cons nya lah.

Lepas tu pukul 11.30 aku masak makanan diet aku. Ini day 1 aku nak start diet. Dari berat 70.5 kg target aku nak turunkan berat ke 55kg. Doakan aku boleh capai target aku, guyss. Aamiin. Memang sejak minggu lepas aku dah follow satu live tiktok senaman. (ye aku ada tiktok guyss, jangan tak percaya. Tapi aku tak buat video just buat akaun untuk tgk video-video lain je. tiktok bestlah ) . Nama orang yang aku follow buat senaman itu ialah watermummy. Dia ajar buat senaman ringan yang memang berkesan lah pada aku. Berpeluh even senaman dia tak berat. Semoga aku istiqamah buat senaman tu.

Lepas tu aku main keyboard setelah setahun lebih kot tak sentuh keyboard tu. Aku belajar main lagu favourite aku. Full House. Lepas ni nak main lagu lagu lain sampai lancar plak memandangkan aku cuti tanpa gaji kat umah. Tapi start isnin depan aku dah mula kerja. Cuma kerja seminggu sehari je. Setiap hari isnin sahaja sebab aku sekarang buzy dengan Final Year Project Paper dan projek kena buat video Khidmat Masyarakat. Ni semester last aku. Moga aku dapat grad dengan jayanya. InshyaAllah Pay for me. 

Okay guys, itu je lah catatan harianku. Aku ingat aku nak tulis je jurnal harian aku ni hari-hari. Biar otak aku aktif sikit dan aku ada tempat untuk ran out. Kena rajinkan diri. Tu je. K bye. Assalamualaikum.













Comments

Popular posts from this blog

I just wanna rant out

Zaman Universiti dan Rumah

Kerja Tadika selama seminggu.