Posts

Showing posts from September, 2019

Sakit aku dan kejadian pelik

Untuk bercerita pasal sakit aku ini agak keberatan sebab kalau ikutkan aku takkan sakit kalau family aku bagi aku sokongan yang cukup dan luar biasa. Di tambah pula aku suka memendam sebab tak nak susah or bebankan orang lain dengan sakit yang aku ada. Korang bayangkan ye. Aku pernah kena cabul masa kecil dengan anak baby sitter. Membuatkan aku trauma dengan lelaki. Dan perasaan trauma itu berlanjutan sampai aku ada adik-adik lelaki. Aku anggap semua lelaki jahat termasuk keluarga aku. Ini membuatkan aku rapat ngan emak aku. Actually aku bosan dah cerita benda yang sama. Sokay ini aku pendekkan. Nanti aku cerita lanjut sebab ini just rangka je. So kesimpulannya aku ada social anxiety disorder, major depressive disorder dan bipolar disorder. Social anxiety disorder tu aku ada sebab aku takutkan manusia. Nanti aku cerita detail lagi. Dan Major depressive disorder tu aku ada sebab aku depress bertahun-tahun. Tapi takde lah aku depress manjang. Ada waktu dia. Dan bipolar itu aku ada m...

Zaman Universiti dan Rumah

Okay lepas dah habis zaman persekolahan tahun 2009, aku melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu ke cfs iium di Petaling Jaya. Perasaan dapat masuk ke universiti impian ini sangatlah menyeronokkan. Sebab aku memang suka dan nak sangat smbg belajar kat Uia. Tapi tak kesampaian. Sokay bukan rezeki aku. Nanti aku cerita dengan lebih detail sebab apa aku tak dapat habis belajar. Kawan aku kat situ adalah Anis Amira, Shahriani, Izu Hakimah dan Adila Junior. Ada juga pindah UIA Nilai, then patah balik UIA PJ. Then aku smbg belajar di Kolej Perkembangan Kanak-kanak di Damansara Damai iaitu satu kolej yang pada aku macam tak sesuai bubuh nama gitu. Tak cool, man. Hahah. Ntoh ler. Tapi masa ni aku ada social anxiety Disorder yang teruk. Actually dari sekolah lagi dah ada. Tapi makin teruk masa kat iium. Nanti aku story lagi lanjut. Ni just nak perkenalkan siapa kawan-kawan aku. Kawan2 aku kat sini ialah Hajar, Ira, dan Hadiah. Still tak dapat smbg gak belajar aku, masuk Internationa...

Aku dan keluarga dan sekolah

Pendahuluan   Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah harini aku diberi kesempatan untuk menulis setelah hampir setahun rasanya aku tidak menulis di paparan blog. Aku terfikir adakah perlu untuk aku menerbitkan buku sendiri sementelah banyak iktibar dan manfaat yang korang boleh dapat masa baca buku aku. Buku ini adalah 100%  kisah benar kehidupan aku. Kalau tak pun adalah aku tokok tambah cerita dalam 20% seakan-akan mencampak rempah ratus nak bagi makanan sedap. Ha macam tu lah manusia. Kita boleh berfikir macam mana nak sedapkan makanan tu. Betul tak? Dalam bab pertama ini aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku. Bukanlah bermakna aku ini self-centred ke apa, tapi sebab buku ini memang berkisar tentang diri aku haruslah aku cerita tentang diri aku kan. Kalau tak kenapa korang beli buku aku? . Okay 10 perkara tentang diri aku. 1) Aku suka mendengar lagu 2) Aku suka subjek psikologi 3) Aku suka membaca dan menulis 4) Aku suka aktivit...

Ayat Perlindungan oleh Allah dari jin dan syaitan

Auzubillahiminasyaitonirajim. Bismillahhirrahmanirrahim Al-Fatihah Alim Lam Mim 10 ayat awal surah Al-Baqarah 10 ayat akhir surah Al-Baqarah Ayat Kursi Selawat Astaghfirullah Subhanallah 33x, Alhamdulillah 33x, Allahuakbar 33x Bismillahirrahmannirrahim Al-Mathurat

Senarai nikmat kesyukuran yang Allah bagi padaku :

Senarai nikmat kesyukuran yang Allah bagi padaku : 1)     Aku ada keluarga yang bahagia dan baik-baik semua ahli keluargaku. 2)     Ibuku mengandungkan aku selama 9 bulan, menjaga aku dari kecil sehingga besar, menyediakan segala-gala keperluan, menjaga makan minum, pakai. Alhamdulillah. 3)     Ayahku bekerja kerasa mencari rezeki buat anak-anaknya, menjagaku sehingga saat ini, memberi nafkah, memberi kasih sayang yang secukupnya. 4)     Adikku Ihsan seorang anak yang baik, bijak, suka tolong orang, kelakar, dan sudah berkahwin. Dia telah melengkapkan separuh agama. 5)     Adikku Asyraf pula seorang yang berdedikasi, berketokohan, rajin, bijak, ramai peminat, suka bernasyid, dan sangat kuat. 6)     Adikku Haziq seorang yang memahami, lemah lembut, alim, berpengtahuan tinggi, bijak, rajin membantu, dan pandai menjaga hati orang. 7)     Adikku Iman seorang pemimpin, a...