Aku dan keluarga dan sekolah
Pendahuluan
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah harini aku diberi kesempatan untuk menulis setelah hampir setahun rasanya aku tidak menulis di paparan blog. Aku terfikir adakah perlu untuk aku menerbitkan buku sendiri sementelah banyak iktibar dan manfaat yang korang boleh dapat masa baca buku aku. Buku ini adalah 100% kisah benar kehidupan aku. Kalau tak pun adalah aku tokok tambah cerita dalam 20% seakan-akan mencampak rempah ratus nak bagi makanan sedap. Ha macam tu lah manusia. Kita boleh berfikir macam mana nak sedapkan makanan tu. Betul tak?
Dalam bab pertama ini aku nak cerita serba sedikit tentang diri aku. Bukanlah bermakna aku ini self-centred ke apa, tapi sebab buku ini memang berkisar tentang diri aku haruslah aku cerita tentang diri aku kan. Kalau tak kenapa korang beli buku aku? . Okay 10 perkara tentang diri aku.
1) Aku suka mendengar lagu
2) Aku suka subjek psikologi
3) Aku suka membaca dan menulis
4) Aku suka aktiviti lasak dan mencabar
5) Aku suka perbualan yang intimate dan intelektual
6) Aku suka benda yang kompleks dan misteri
7) Aku suka seseorang yang kelakar dan fun
8) Aku tak suka benda yang berulang tapi aku suka rutin. Pelik kan. Hahah
9) Aku suka mencari ilmu dalam-dalam
10) Aku suka warna biru.
Itu 10 perkara tentang aku. Okay itu baru 0.0001% tentang aku yang korang tau. Ada banyak lagi perkara yang korang tak tau pasal aku. Aku ini jenis yang kalau ada maklumat pasal aku, aku takkan bagitau semua tapi aku bgtau separuh je. Itupun tak smpai separuh maklumat aku share. Bukan aku kedekut ilmu ye. Aku suka share ilmu especially ilmu akhirat. Tapi sometimes kita kena berhati2 dengan siapa kita share maklumat sebab tak semua ikhlas mendengar. Ada je yang guna maklumat kita bagi tu untuk kepentingan diri dia dalam menjatuhkan kita. So, beware.
Bab 1
Aku akan start menulis tentang diri aku dari kecil so that korang boleh nampak perubahan aku dr kecil sampai besar. Then korang sendiri boleh judge kenapa aku jadi macam ni, kenapa aku jadi macam tu. And so on. Okay let see. Seorang insan yang bernama Nur Syahida binti Masri ini dulu adalah seorang sangat pendiam, pemalu, tak ramai kawan, asyik berkepit dengan buku manjang. Kalau tak buku akademik, buku fiksyen, kalau tak buku fiksyen , buku akademik. Macam tu lah. Memang hari-hari study. Orang kata apa, ulat buku? Haa itu lah Syahida.
Aku akan share tentang keluarga aku dulu. Aku merupakan anak kepada seorang ibu iaitu Hapsah binti embong dan ayah bernama Masri bin Ahmad. Emak bekerja sebagai seorang guru mengajar agama di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Manakala ayah plak seorang jurutera dan mempunyai syarikat sendiri. Aku merupakan seorang kakak sulung kepada 6 orang adik. Untuk pengetahuan korang, adik-adik aku semua lelaki. Semua nakal-nakal. Hahah. Aku tak tau mana diorang dapat gen kenakalan itu sebab kakak diorg baik. Hahaha perasan. Biasa lah tu budak-budak lelaki memang nakal sikit. Aku pun nakal dulu sebab adik-adik ajar buat nakal. Lol.
Okay adik yang first nama Ihsan dah kerja amek jurusan Aviation, yang kedua Ashraf sekarang tengah belajar Civil Engineering , seterusnya Haziq amek kursus Electrical Engineering, Iman plak amek kos Islamic Banking, Atif masih belajar tahun ini SPVM , V itu vokasional dan yang terakhir Ajwad belajar untuk PT3 tahun ini. Bagi aku keluarga aku semua bijak2 sebab mak ayah aku bijak. Jadi aku dan adik-adik aku pun bijak mewarisi genetik kedua2nya. Alhamdulillah. Allah kurniakan kami otak yang sihat, cerdas dan bergeliga. Boleh belajar smpai ke oversea. Syukur.
Okay, habis pasal keluarga. Jom sembang pasal kawan plak. Aku memang tak reti berkawan, sumpah tak reti. Cakap pun berapa patah perkataan je. Tapi yang bagusnya pasal aku, aku setia. Semua yang pernah jadi kawan aku semua lekat sampai sekarang. Alhamdulillah still contact each other. Pada aku sekali berkawan selamanya tetap kawan. Itu namanya setia. Aku ingat lagi semua kawan-kawan sekolah rendah aku. Azrina, Fatinah, Nabilah, Farah Dayana, Farzana. Dan alhamdulillah aku dapat stay kat sekolah rendah selama 6 tahun tanpa berpindah randah iaitu di SK Bandar Baru Sungai Buloh.
Then nak cerita pasal sekolah menengah plak. Ni memang panjang ar cerita dia. Kemudian aku masuk sekolah SMKA Kuala Selangor. Selama 2 tahun je aku sekolah situ. Form 1 dan Form 2. Bagi aku agak penat sekolah situ sebab dorm aku tingkat atas dan hujung sekali. Katil pun tingkat atas, almari plak kecil dan uzur. Sempit. Aku plak banyak barang baju, buku, toiletries. Lepas itu, tandas banyak rosak, kena mandi kolah sebab air selalu takde, dugaan dugaan. Okay benda yg aku nak share kat korang ialah kawan-kawan yang jadi kawan aku kat situ. Asmaa, Syuhada, Adila, Nisa, Khai . Itulah kawan paling rapat aku. Nanti aku share tentang diorg di bab tentang kawan. Nak share sekarang leceh. Nanti serabut dan tak tersusun plak.
And then, aku pindah ke Smka Tok Jiring, Terengganu. Aku pun tak pasti sebab apa aku pindah maybe sebab mak kata dia nak tukar mengajar sana, jadi aku pun pindah lah ke sana dlu. tgk2 mak tak jadi pindah. Last2 aku terpaksa stay selama setahun. Makanya aku ambil PMR kat SMKA Tok Jiring. Kawan yang pernah jadi kawan aku di sana ialah Fatin Liyana dan Afifah. Mereka kawan yang baik dan bijak. Aku plak bila duduk sana jadi skema yang amat. Sumpah skema gila. Kadar kepit buku tu makin kuat pulak, makin nak study, makin nak baca buku, makin nak selak buku. Dalam sehari tak pernah miss baca buku. Tapi tiada sape yang pernah pertikai aku ni ulat buku. Maybe sebab nak PMR kan.
Next, aku patah balik sekolah lebih dekat dengan rumah iaitu SMKA Kuala Lumpur. Alhamdulillah sekolah sana lebih dekat, ada shower foam, ada sinki dan bilik air banyak, aku tak terlalu penat, kawan-kawan baik, bersatu hati puteri 18 nama group kitorang kat wassap. Dan aku ada kawan dua orang Hajar dan Azyan. Kitorang duduk satu meja kat bilik prep. Yang aku ingat aku okaylah belajar kat situ. So-so. Takdelah best mana dan takdelah tak best pun. Sedang-sedang je.
Ahaa, ni yang paling tak sabar aku nak share ngan korang. Ini lah sekolah paling best pada aku. Iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Rahman Putra. Memang best, cantik, menarik, tertarik, kau memang da bomb! Wohoo. Hahaha. Seronok plak aku ye, Memang la seronok sebab semua kawan-kawan dia best, positif , warm, mesra , welcoming dan optimistik. Kawan aku kat situ boleh kata semua rapat. Semua aku anggap macam saudara adik beradik. Especially Sofia, Mumtaz dan Maisarah. Actually mula-mula lepas habis sekolah rendah aku sekolah sini sekejap dalam masa tak sampai sebulan. Then dapat tawaran ke Kuala Selangor aku pindah sana.
Comments
Post a Comment