Sakit aku dan kejadian pelik
Untuk bercerita pasal sakit aku ini agak keberatan sebab kalau ikutkan aku takkan sakit kalau family aku bagi aku sokongan yang cukup dan luar biasa. Di tambah pula aku suka memendam sebab tak nak susah or bebankan orang lain dengan sakit yang aku ada. Korang bayangkan ye. Aku pernah kena cabul masa kecil dengan anak baby sitter. Membuatkan aku trauma dengan lelaki. Dan perasaan trauma itu berlanjutan sampai aku ada adik-adik lelaki. Aku anggap semua lelaki jahat termasuk keluarga aku. Ini membuatkan aku rapat ngan emak aku. Actually aku bosan dah cerita benda yang sama. Sokay ini aku pendekkan. Nanti aku cerita lanjut sebab ini just rangka je. So kesimpulannya aku ada social anxiety disorder, major depressive disorder dan bipolar disorder.
Social anxiety disorder tu aku ada sebab aku takutkan manusia. Nanti aku cerita detail lagi. Dan Major depressive disorder tu aku ada sebab aku depress bertahun-tahun. Tapi takde lah aku depress manjang. Ada waktu dia. Dan bipolar itu aku ada masa tahun 2017. Tapi untuk pengetahuan korang aku dan SIHAT WALAFIAT dengan IZIN ALLAH. Alhamdulillah. Tu lah kehebatan Allah, keagungan Allah dan Kekuasaan Allah. Yang memberi sakit, yang menyembuhkan sakit. Alhamdulillh syukur.
Okay, next kita cerita pasal benda pelik yang berlaku kat diri aku dan rumah aku dan keluarga aku serta sedara mara aku yang sakit terutamanya nenek. Kalau nak cerita pasal diri aku, sejak aku spm aku asyik sakit je. Sakit yang melibatkan emosi. Tapi aku nak ulang lagi sekali aku dah sembuh. Ulang suara aku dah sembuh. Repeat dah sembuh. Annoying kan. hahaha. okay teruskan. Lepas tu tak de sape dalam ffamily aku boleh tolong aku melainkan mak dan ayah aku. Mak bawa berubat jumpa ramai ustaz manakala ayah plak lebuh prefer perubatan moden which is bawa jumpa doktor psikatris. Dan aku sebagai anak hanya menurut perintah. Just dengar cakap.
Korang boleh bayang tak dr tahun 2009 sampai 2017 aku asyik sakit benda yang sama. Depress, social fobia, depress , social fobia. Selama hampir 10 tahun aku tanggung sakit ini. Ubat takyah cakap lah memang hari2 makan ubat. Padahal ubat doktor tak elok. Sangat tak elok. Aku dah baca buku Muhammad is My Doctor. Penulis buku tu cakap makannan sunnah lagi berkesan untuk merawat sakit. Then tahun 2017 aku sakit bipolar disorder. Ni lagi dasyat beb wa cakap sama lu. Seumpah serius dasyat. Fuhh penangan dia sampai bergema satu rumah tu. Nanti aku cerita lagi detail.
Lepas tu mak cik aku sakit depress, nenek sakit terbaring je kat katil, pak cik aku pun sakit, ada yang meninggal. Dan banyak kes-kes pembunuhan, kemalangan, cerai berai suami isteri. Dan bila aku cari maklumat google kat internet merapu2 maklumat itu. Ntah apa-apa punya maklumat aku baca. Memang tak lah aku nak terpengaruh. Bila scroll fesbuk atau insta asyik mengarut je maklumat yang aku baca. Negatif gila statement dia. Pastu bila aku persoalkan betapa negatif dan mengarutnya berita2 aku dapat, esoknya jadi positif almost berita tu. Hahahhaha kelakar kan.
Lepas itu aku bukan nak berlagak ke apa. Tapi aku ini agak popular dan ramai orang kenal aku dan ada secret admirer. Tapi bila aku nak berkenalan ngan mana-mana lelaki mesti tak lekat sedangkan aku dah umur 27 kot. Dah layak kahwin. Tapi belajar tak habis-habis. Itu tandanya apa? Lu pikirlah sendiri. Dan aku pernah buat dosa, aku mengaku dosa besar. Setiap orang takkan lari dari berbuat dosa. Jadi aku melazimi taubat setiap malam before tidur. Dan juga solat witir.
Kejadian pelik kat keluarga aku plak. Aku perasan suara diorang makin garau, besar dari biasa, asyik berkerut, kalau makan something yang mak masak diorg jadi dingin ngan aku, solat pakai seluar pendek, pastu yang ayah kakinya asyik tak centre macam tak menghadap kiblat betul2, yang iman baca zikir terlampau laju, yang atif kakinya tak boleh duduk betul masa tahiyat akhir, yang ajwad tu asek nak pakai kain hitam putih itu, di mana selagi ada kain itu dia akan tidur setidur2nya. Dan dia asek pasang air-cond sekuat-kuatnya. Pastu aku perasan, ada wap air panas kat cermin toilet aku. Seolah-olah aku mandi air panas walaupun air tu sejuk.
Dan aku belajar banyak ilmu baru antaranya ilmu metafizik, ilmu aura, reinki, ilmu warna, ilmu mandi garam, hujan dan bunga.
Aku tahu pasal Freemason, Rotshchild, Iluminati dari instagram Ustaz Auni. Dan bila aku follow ulama-ulama kat Instagram mesti dihack. Konon aku tak tau lah, padahal aku tau. Nanti aku share macam mana aku tau semua tu. Sekarang ini rahsia. Syuhh.
Dan akhirnya aku sendiri yang mengubat diri aku dengan cara apa? Dengan cara usaha, doa, tawakal. Tiga itu penting.
Dan aku juga meminta pertolongan dari Allah dengan sabar dan solat. Alhadmulillah syukur. Terima kasih ya Allah. KepadaMu la aku berharap dan memohon perlindungan smpai hujung nyawa. Syukur. Aamiin.
Comments
Post a Comment