Senarai nikmat kesyukuran yang Allah bagi padaku :
Senarai nikmat kesyukuran yang
Allah bagi padaku :
1) Aku
ada keluarga yang bahagia dan baik-baik semua ahli keluargaku.
2) Ibuku
mengandungkan aku selama 9 bulan, menjaga aku dari kecil sehingga besar,
menyediakan segala-gala keperluan, menjaga makan minum, pakai. Alhamdulillah.
3) Ayahku
bekerja kerasa mencari rezeki buat anak-anaknya, menjagaku sehingga saat ini,
memberi nafkah, memberi kasih sayang yang secukupnya.
4) Adikku
Ihsan seorang anak yang baik, bijak, suka tolong orang, kelakar, dan sudah
berkahwin. Dia telah melengkapkan separuh agama.
5) Adikku
Asyraf pula seorang yang berdedikasi, berketokohan, rajin, bijak, ramai
peminat, suka bernasyid, dan sangat kuat.
6) Adikku
Haziq seorang yang memahami, lemah lembut, alim, berpengtahuan tinggi, bijak,
rajin membantu, dan pandai menjaga hati orang.
7) Adikku
Iman seorang pemimpin, adik yang baik, bijak, rajin tolong orang, pandai
bercakap, hormat orang, aktif, ramai kawan dan disenangi ramai orang.
8) Adikku
Atif pula seorang pendengar yang baik, adik yang baik, bijak berkata-kata, suka
bantu orang, pandai berfikir, dan pandai bagi nasihat.
9) Adikku
yang bongsu Ajwad seorang yang yang sangat bijak, boleh menjadi ketua, pandai
memasak, suka bantu orang, ramai peminat, disenangi ramai orang dan mudah
mendengar kata walau dia ada prinsip yang sgt teguh.
10) Adik
iparku Anida seorang lemah lembut, suka bercakap, suka ketawa, pandai berniaga,
pandai mengambil hati orang, seorang isteri yang taat pada Ihsan.
11) Aku
sangat sangat sayangkan keluargaku ini. Hari-hari aku berdoa supaya keluargaku
bahagia mendapat redha, rahmat dan kasih sayang Allah. Disatukan hati-hati kami
dan dipertemukan kami di syurga kelak. Amin.
12)
Hidupku sebagai seorang wanita dimana Allah telah memuliakan wanita kerana
wanita seorang ibu. Yang dari perutnya melahirkan zuriat untuk meneruskan
perjuangan dakwah Islam bagi menyebarkan cahaya kebenaran untuk umat islam.
13)
Wanita juga seorang anak perempuan dimana apabila ibubapa menjaganya mereka
dikurniakan syurga yang besar nikmatnya.
14)
Wanita juga seorang isteri dimana apabila isteri itu taat kepada suaminya dia
dikurniakan pahala yang berlipat kali ganda. Pangkatnya mulia disisi Allah.
Kerana dia menjadi pendamping setia seorang suami, peneman suami, penasihat
suami, memahami keadaan suami menjadi sayap kiri perjuangan dalam dakwah si
suami. Bersama-sama memperbaiki diri bagi membina Baitul muslim untuk mendapat
mardhatillah dan menuju ke syurga Allah. Amin.
15) Aku memiliki kemudahan di dunia. Ada rumah,
kereta, duit. Maknanya aku buka orang susah. Jadi aku perlu sangat-sangat
bersyukur.
16) Aku
memilki pendidikan yang cukup. Aku ada ilmu yang aku perlukan di dunia dan
akhirat. Ilmu duniawi dan juga ilmu ukhrawi.
17) Aku
sentiasa berusaha untuk menjadi yang lebih baik, baik dan baik. Usaha ini akan
berterusan sampai hujung nyawa. Akanku sematkan dalam hati tentang benda-benda
baik dalam hatiku agar hatiku sentiasa bercahaya dengan nur hidayah yg
dipancarkan Allah.
18) Aku
suka belajar dan mencari ilmu. Lebih-lebih lagi ilmu psikologi. Aku suka
menganalisis personality manusia kerana padauk manusia itu unik dan menarik.
Aku suka kaji tarikh lahir mereka, fizikal, pakaian, dan sifat mereka. Mereka
ciptaan Allah yang sangat hebat.
19) Aku
sangat cintakan Al-Quran. Kerana dengan memandangnya sahaja kita peroleh
pahala. Apatah lagi membacanya. Satu huruf yang kita baca 10 pahala yang kita
peroleh. Begitu mulia dan baiknya Allah yang Maha Esa.
20) Aku
ada banyak kelebihan yang dikurniakan Allah. Aku diberi bakat menulis bagi
meluahkan apa yang aku rasa, aku seorang pendengar yang baik, juga pandai
bercakap dan bercerita.
21) Aku
juga memilki personality yang menarik. Aku seorang yang baik hati, sangat
memahami, mempunyai empati yang tinggi, bijak, kelakar, caring, suka senyum dan
ketawa, sentiasa kuat, rajin, suka bantu orang, hormat pendirian orang, pandai
berkawan, sukakan cabaran dan perkara-perkara baru.
22) Aku
suka seni dan muzik. Bagi aku perkara abstrak seperti itu meluahkan kreativiti
yang ada dlm diriku. Terutamanya penulisan dan piano. Penulisan yang diolah
dengan menarik membuatkan aku rasa suka utk terus membaca. Instrumental yang
lembut, dan catchy membuatkan aku rasa tenang dan damai.
23) Aku
juga sangat cintakan kedamaian. Aku tak suka konflik. Pada aku manusia perlu
saling bersatu hati bagi mencipta keamanan dalam diri dan disekelilingnya.
24) Aku
sangat sukakan kucing iaitu haiwan kesayangan Rasulullah. Aku suka membelai
kucing, berbual dengan kucing, bagi makan kucing dan meminta kucing doakan
perkara-perkara baik untuk aku. Mudah-mudahan dengan kelembutan yang ada pada
kucing doanya dimakbulkan dengan izin Allah.
25) Aku
sentiasa memperbaiki amalan ibadahku dari segi solat, solat sunat, baca quran,
zikir, istighfar, selawat, bacaan Al-Mathurat, puasa, sedekah, Qiammuallail dan
memanjangkan silaturrahim.
26) Ilmu
itu cahaya. Cahaya tidak akan hadir dalam kemaksiatan.
27) Aku
ada prinsip yang sangat kuat, namun aku tetap hormat dan terima pendirian orang
lain.
28) Aku
sentiasa menyebut perkara yang baik-baik dari mulutku kerana kata-kata itu doa.
29) Pada
aku sekali berkawan, selamanya tetap kawan. Kawan mewarnai corak kehidupanku.
30) Aku
selalu minta orang untuk doakan kesembuhanku, kesihatanku, supaya aku
dikurniakan kekuatan, keyakinan, kesabaran, ketabahan dan akal fikiran yang
sentiasa positif sehingga hujung nyawa. Sehingga masuk syurga.
31) Aku
sentiasa fikir yang baik-baik pada orang. Bagi aku setiap manusia ada kebaikan
yang terselit dihati mereka walau sekecil zahrah. Kerana fitrah manusia itu
lahir dari roh yang baik. Yang dikurniakan Allah.
32) Aku
dikelilingi dengan manusia yang baik-baik, yang sentiasa membantuku, yang ada
untuk mendengar luahan hatiku, yang menggembirakan hidupku terutamanya
adik-adikku.
33) Aku
suka warna hijau, biru dan putih. Kerana warna itu terdapat kedamaian yang
memancarkan sinar ketenangan bagi hati buat mata yang memandang.
34) Pada
aku jika kita buat baik, kebaikkan akan datang kepada kita kembali. Terutamanya
apabila kita berdoa yang baik. insyaAllah doa yang sama akan dipantulkan pada
kita jua. Amin. Dengan izin Allah yang Maha memakbulkan doa yang baik.
35) Hati
yang baik, akan memancarkan sinar pada wajahnya. Akan mengeluarkan ucapan yang
baik dan positif sentiasa hingga akhir hayat. Akan bercakap tentang ilmu yang
baik, akan sentiasa mencari kelebihan dan kebaikan yang terdapat pada orang dan
akan sentiasa mendoakan kebaikan pada orang.
36) Orang
yang diberi kelebihan boleh merasakan kebaikan di mana-mana.
Comments
Post a Comment