Kesunyian.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt
Dah lama sangat aku tak menulis. Rasa kekok sangat-sangat sekarang ni bila nak start menulis. Tapi aku nak juga menulis untuk meluahkan apa yang aku rasa saat ni. Aku tengah sedih. Tadi aku menangis. Semalam pun menangis. Aku tak tau kenapa aku rasa sedih. Adakah hati aku rosak dan hitam sebab mudah terkesan dengan perbuatan orang? Adakah hati aku tisu sebab mudah sangat terkesok dek kata-kata orang?
Aku sunyi. Sangat sunyi. Orang kata jangan percayakan metafizik sebab itu syirik. Tapi kebanyakan info metafizik tentang diriku kebanyakannya benar. Aku memang dilahirkan sunyi dan akan membesar kesunyian. Almost kawan-kawan yang pernah jadi kawan aku akan pergi meninggalkan aku. Masing-masing menjauh. Malah menurut personaliti MBTI , iaitu jenis INFJ juga turut menyatakan yang orang INFJ macam aku memang akan rasa tak fit in dalam mana-mana kelompok orang atau tempat. Akan selalu rasa terasing dan left out even dalam kalangan family sendiri sebab inner mind dia sangat rich tapi tak mampu diluahkan sebab wave length pemikiran orang INFJ ni tak selari dan seiring dengan orang sekeliling.
Yang aku nak ceritakan ialah, semalam aku menangis sebab aku mempersoalkan diri aku yang kenapa aku tak sayangkan diri aku. Kenapa aku sangat kurang harga diri atau kata lainnya low self esteem sampai aku ada dependent personality disorder. Kurang keyakinan diri sampai aku ada avoident personality disorder juga. Benda yang triggered aku sampai aku menangis ialah bila ada dua orang yang mengatakan mereka sayangkan aku. Kawan aku dan seseorang yang agak istimewa. Aku rasa tak deserve untuk disayangi. Aku mempertikaikan dan menafikan kenyataan mereka sebab aku tak sayang diri aku. Mungkin sejak kecil aku tak pernah rasa disayangi melalui verbal dan sentuhan. Sebab love language aku adalah kata-kata dan sentuhan. Jadi aku membesar dalam keadaan yang rapuh emosi dan jiwa sebab kurang kasih sayang walaupun aku tau emak dan ayah aku dah sehabis baik beri aku kasih sayang tapi dengan cara mereka. Cuma tak sampai ke diriku. Sebab love language kami berbeza.
Aku butuhkan kasih sayang. Aku nak ada peneman di sisi. Yang memahami aku, yang menerima diri aku seadanya. Aku seorang anak, aku seorang kakak, aku juga seorang kawan. Tapi aku rasa aku gagal menjadi anak, kakak dan kawan yang baik. Mungkin aku perlu menjadi seorang hamba Allah yang baik dahulu. Baru Allah memperbaiki hubunganku dengan ibubapa, adik-adik serta kawan-kawan? Aku banyak kali menangis sebab mengenangkan diri aku yang banyak dosa ini. Ntah Allah ampun ke tidak dosa aku. Taubat, buat lagi dosa, taubat , buat lagi dosa. Ulang-ulang dosa yang sama. Aku pun penat dengan diri aku. Penat untuk tak menjadi diriku sebebas-bebasnya. Penat berhati-hati untuk terlalu risau memikirkan apa kata orang kalau aku bersikap sekian-sekian. Penat fikir kalau aku tak jaga cakap apa orang akan kata. Takut orang menghukum aku. Dari dulu sampai sekarang ini lah yang menjadi ketakutan aku.
Semoga Allah membantu hambaNya yang memerlukan kekuatan untuk menghadapi cabaran yang penuh liku ini. Semoga Allah bantu aku dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan onak duri. Sesungguhnya penyakit hati yang paling teruk ialah ragu-ragu pada Allah. Maka berpegang teguh dan tawakal lah kepada Allah selepas kita berusaha dan berdoa. Ya Allah, aku mohon padamu buanglah kesunyian yang tak bertepi dalam diriku ini. Namun jika sekiranya kesunyian ini membuatkan aku dekat padaMu, maka aku redha dengan takdir perjalanan hidupku yang telah Kau tetapkan. Aamiin. Semoga yang baik-baik sahaja buat diriku dan buat semua yang sudi membaca penulisanku. Aku doakan kalian semua dirahmati dan dilindungi Allah.
Comments
Post a Comment