Sahabatku yang bernama Ilani
Assalamualaikum wbt semua.
Apa khabar semua? Harapnya korang semua sihat walafiat. Aamiin
Kali ini aku nak menulis pasal sahabat aku yang bernama Ilani. Aku berkawan dengan dia sejak bulan 6 tahun lepas tak silap. Eh ke bulan 4? Aku pun tak ingat sangat. Sebab aku ada masalah short term memory sebab sakit mental dan makan ubat. Ubat tu efek dia buat aku banyak lupa banyak benda. Dan ilani ni lah yang selalu ingatkan aku tentang macam-macam perkara yang aku lupa. Sebab dia sangat kuat ingatan. Sumpah kuat.
Ilani ni seorang kawan aku yang sangat baik. Sangat baik, selfless, pandai berkata-kata, bijak sebab suka baca buku, pandai bagi nasihat dah macam kaunselor aku hahaha. Semalam kitorang usrah online. Kitorang berbual dari hati ke hati. Aku suka perbualan yang macam tu sebab memang aku suka something yang deep. Dan ilani banyak nasihat aku, nampak kesungguhan dia nak bantu aku sembuh. Dan itu satu benda yang buat aku sangat terharu.
Jujur aku cakap, dalam masa sehari tak sah kalau kitorang tak contact langsung. Mesti akan call atau whatssap juga. Mesti punya. Even walau se'hai syahida' . Buat apa tu? Kau okay? ' Hahaha. Dah macam couple plak. Tapi memang macam tu la ilani. Dia sangat mengambil berat akan aku. Tak pernah ada kawan yang nak tanya pasal keadaan aku selama ini. Sedia maklum yang aku memang sakit dah lama. Sejak 2009. Jujur aku cakap aku ramai kawan. Tapi sorang pun tak macam Ilani.
Dulu, pada aku kawan ini tempat utk kita berhappy2 je, kawan untuk ketawa, gelak2, share benda yang best2 je. Yang sedih2, sakit segala bagai ni aku pendam sorang je. Aku tak pernah tunjuk kat kawan yang aku sakit, melainkan masa aku masuk wad tahun 2017 haritu. Ada lah beberapa orang kawan sagarianz yang lawat aku. Tapi yang selalu tanya khabar macam Ilani buat, tiada. Tiada sorang pun. Yelah diorang pun ada life diorang juga.
Kadang-kadang aku rasa macam aku yang beria-ria terhegeh2 nak kawan ngan orang. Padahal orang lek-lek je ngan aku. Sebab aku tau , sape je yang suka kalau kita asyik cerita pasal sakit kita kat orang. Takde kan? Tak ramai orang hargai aku macam mana Ilani hargai aku. Untuk pengetahuan korang,Ilani ni sakit mental macam-macam juga. Sakit borderline disorder, adhd dewasa, disklexia, dan mcm-macam lagi aku tak ingat. Jadi dia faham macam mana aku sakit sebab kitorang sama. Mengalami masalah sakit mental.
Jadinya dengan persamaan yang kitorang ada ni, maka berkawanlah kitorang untuk saling support each other. Kadang-kadang aku rasa Ilani lagi faham aku berbanding kawan-kawan lain dan keluarga sendiri. Dan ajaibnya Ilani ni, kata-kata dia selalunya selalu buat aku terasa menusuk dihati. Macam 'Auuchh sakitnya tu disini.' hahahaa. Sumpah cakap dia memang pandai bermain kata. Selalu juga hiburkan aku dengan kenakalannya. Kadang bila mesej ngan dia, aku senyum sorang-sorang sebab happy ada kawan macam dia. Jangan orang ingat aku gila sudah. hahaha
Dan kitorang sangat berbeza. Aku agak lembut tapi dalaman kasar, dia pula kasar tapi hatinya lembut. Dan dia suka bercakap, aku suka mendengar. Aku agak pesimis dan dia banyak nasihat aku untuk betulkan persepsi pesimis aku. Aku agak serius dan dia sangat suka bergurau. Jadi kitorang complement each other.
Apa aku boleh kata, aku harap sangat persahabatan aku dengan ilani akan kekal sampai bila-bila. Sampai ke Jannah. InsyaAllah Aamiin. Dialah sahabat aku dikala suka duka, gelak tawa, sedih susah sakit dan macam-macam lagi aku nak kongsi ngan dia. Moga Allah redha dan berkati persahabatan ini sebab aku sayang dia lillahitaala. Rindu sebenarnya nak berjemaah dan qiam sama-sama ngan dia macam waktu dia datang umah aku haritu.
Ilani, aku hargai semua yang kau buat untuk aku ilani. Moga Allah curahkan rahmat dan kasih sayang kepadamu , meredhaimu, mengangkat darjatmu, murahkan rezekimu dan kita sama- sama disatukan hati untuk bertemu disyurga kelak. Aamiin.
I love you , Nurul Ilani Abidin. <3

Comments
Post a Comment