Overthinking

 Bismillahirrahmanirrahim.

Apa khabar semua? Sihat ke? Aku harap korang semua sihat-sihat belaka disamping keluarga tercinta. Actually dari malam tadi aku nak menulis. Sebab banyak sangat benda dalam kepala otak aku ni tapi tak terluah. Aku overthinking yang amat. Sampai rasa exhausted gila mental. Dahlah aku lupa nak bawa balik ubat gi umah Kuang. Jadi 2 malam aku miss makan ubat.


Malam pertama tu aku boleh tido. Esoknya malam aku tak mkn ubat so tak boleh tido. Berguling sana berguling sini, still tak leh lelap. Sampailah ke pagi. Bangun pagi terus aku masak nasi goreng. Lepas tu haritu juga aku ada appointment dengan klinikal psikologis pukul 12.30 pm. So lepas makan sarapan, aku terus tido sebab nak qada tido yang mlm tadi tak leh tido tu. 


Tido punya tido, aku dengar suara kejut aku bangun macam ayah aku, pkul 10 lebih dia kejut. Aku jadi annoyed la sebab aku tak cukup tido padahal appointment lambat lagi  Tapi bila dah bangun tido aku nak smbung tido tapi takut terlajak plak en. Last-last aku tido je. Then adik aku kejutkan pukul 11 lebih. So aku gerak la awal pukul 11.30 am. 


Tup-tup bila sampai Hospital Puncak Alam,  aku sampai awal setengah jam. Tapi aku terpaksa menunggu lagi setengah jam sebab rupanya nama aku clash dengan lagi sorang pesakit lain. Kalau ikutkan aku macam nak memberontak sebab aku tak suka menunggu. Tapi entah kenapa time tu aku okay je. Sebab aku bawa buku. So aku menunggu sambil membaca.


Dan akhirnya tiba turn aku. Masuk je aku dalam bilik klinikal psikologis, aku terus rasa lost dan berserabut. Rasa insecure sebab before ni aku  ingat lagi kali pertama jumpa dia aku cerita dengan lancar masalah aku kat doktor. Tapi second time jumpa ni aku jadi tak yakin dan tak semangat. Maybe sebab aku nak perfect je dan aku rasa aku nak capai expectation doktor. Aku pun tak tau expectation apa yang aku nak doktor nampak kat aku. Maybe nak nampak yang terbaik. Pesakit yang paling terbaik?


Lepas tu kami bincang pasal  homework aku yang sebelum ini. ABC Model in CBT nama dia. Activating  event, Believe dan Consequence. Lepastu borak dengan doktor macam-macam. Pasal masalah aku nak bergaul, pasal social anxiety aku, pasal tempat kerja baru aku. dan banyak lagi. Lepastu doktor kata biasalah tu. Semua orang ada anxiety dan stress. It's normal. So, aku rasa macam denial. 

Aku pun cakap kat doktor yang banyak overthinking. Pastu doktor cakap penat tak overthinking? Aku cakaplah penat sangat doktor. Tapi its automatic. Aku tak boleh shut off fikiran aku dari overthinking. Pastu doktor suruh aku tulis apa saje yg terlintas difikiran.. So inilah yang aku buat/ menulis.







Comments

Popular posts from this blog

I just wanna rant out

Zaman Universiti dan Rumah

Kerja Tadika selama seminggu.