Hidup Baru
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah diberi kesempatan sekali lagi untuk melakukan hobi aku yang satu ni. Apa dia? Itu laa menulis. Aku sekarang ada kat Taipan, Setia Alam. Berhijrah ke tempat yang agak jauh tak jauh lah dari rumah aku. Atas tuntutan kerja. Alhamdulillah aku bakal bekerja sebagai Occupational Therapist di Atfal Jannah, Klang. Tapi management kata proses interview akan habis dalam minggu ini. Jadi result akan keluar paling cepat next week insyaAllah.
Doakan ye aku dapat. Sebab aku serba salah kalau tak dapat., sebab dah masuk rumah sewa. Dah bayar dah pun rm350 tambah deposit. Aku kena juga dapatkan kerja tu sebab aku dah cakap kat semua yang aku dah kompem dapat kerja tu sampai berani mati terus menyewa kat situ. Tapi takpe je kalau incase tak berjaya dapat kerja tu, aku boleh cari kerja lain. But tak best lah sebab aku sembunyikan kebenaran. Tak syiok.
Sometimes kita perlu keluar dari tempat kita iaitu bermusafir dan berkelana jauh supaya kita belajar berdikari dan kutip pengalaman menetap di tempat orang. As a person yang ada Social Anxiety, Dependent Personality Disorder dan Avoidant Personality Disorder aku susah nak berdikari untuk duduk rumah sewa jauh-jauh. Ni kali kedua aku menyewa kat luar. Sebab nak cabar diri dan nak stabilkan diri di tempat orang.
Kali pertama masa kat Shah Alam Seksyen U12. Aku nak share sesuatu la dengan korang apa perasaan aku menetap kat rumah sewa pertama itu dan bekerja di Restoran Dapur Tokku which is elemen 3 tempat dia.. Kalau ikutkan panduan ilmu metafizik, Seksyen U12 ni adalah elemen 3 ( 12 pecahkan jadi 1+2 = 3) . Dan untuk pengetahuan semua aku ni elemen 9. Elemen 9 ni adaptable sebab campurlah dengan no mana-mana pun tetap akan dapat no orang tu. Contoh : 9+2 = 11. Pecahkan 11. 1+1 = 2. Dapat balik no 2. Contoh lain 9 +8 = 17. Pecahkan 17 jadi 1+7=8. Jadi dapat balik no 8.
Faham tak? Kalau tak faham boleh pm. Nanti aku explain lagi. Dan kalau ikutkan panduan metafizik tu, elemen keserasian dan tempat yang kurang sesuai padanannya adalah no 1,3,5,dan 8. 1 tu keras kepala, degil, 3 tu panas je selalu, asyik gaduh, 5 plak banyak halangan dan 8 tu beban berat , asyik penat. Dan disebaliknya plak kalau padanan tu no 2,4,6,7, dan 9 tu adalah padanan yang harmoni dan positif. Kalau 2, intim dan mesra, 4 banyak berkongsi ilmu dan tenang, 6 kaya raya dan untung besar, 7 plak networking luas dan 9 suka mlancong dan aset melimpah.
Dulu aku stay di Seksyen U12, Dapur Tokku tu, . no asas nya 3 . Dan memang aku selalu rasa panas je kat situ, rasa tak safe. Orang ni mengata orang tu. Orang tu mengata orang ni. Orang mengata belakang aku.Pekerja asyik buat masalah. Asyik gaduh dengan housemate plus dia elemen 3. Macam aku cakap tadi klu elemen 3 ni memng panas, tak ngam. Lepas tu ad sorang pekerja laki ni asyik nak marah-marah aku. Then kena pulau dengan pekerja perempuan. Macam-macam la yang aku hadap. Sampai aku tak tahan, 3 bulan je aku stay kerja kat situ. Sumpah memang tempat aku kerja dan rumah sewa tu bagi energi dan vibe yang tak best kat aku. Sampai aku rasa sunyi, letih dan penat.
Sekarang aku stay kat Taipan, Setia Alam Seksyen U13. Ni elemen 4 sebab no asas 13, 1+3 = 4. Elemen 4 ni orang dalam tempat tu tenang-tenang, banyak share ilmu dan pandai memasak. Plus aku pun duduk bilik single dan non-sharing. So adalah privacy even bilik dia sempit sikit. Ada kawan aku kata macam penjara lagi besar dari bilik aku. hahaha. Tak kisahlah . Bayar RM350 untuk bulan-bulan sewa termasuk bil air dan api. Ada macam-macam kelengkapan dapur, toilet, mesin basuh, ampaian, surau dan peti ais. Aku stay lah kat situ sampai minimum 6 bulan nanti aku cari lah tempat sewa lain. Tapi aku dah selesa kat sini. Which is tempat kat sini best2. Ada byk makanan viral, ada Setia City Mall, dekat dengan Shah Alam which is pusat rawatan islam yang aku selalu gi setiap ,imggu kat situ. Ada pasar malam hari2 kecuali hari khamis.
Ada aunty india ni suka sangat memasak dan bagi aku makan. Dia pun baik je orangnya. Dia kata dia nak masuk islam. Dia minta aku ajarkan dia agama dan fardhu ain. Tapi aku pelik sebab dia dah x amalkan cara hidup sebagai seorang hindu tapi dia pun tak bersedia nak mengamalkan islam. Tapi dia dah bersyahadah. Katanya dia banyak masalah jadi dia nak settelkan masalah dia dulu baru boleh dia nak masuk islam. Aku plak serba salah sebab aurat antara kita perempuan dengan perempuan non-muslim kan adalah sama macam kita dengan lelaki islam. Jadi kadang-kdang aurat aku terdedah depan dia. Aku jadi serba salah dan rasa macam tanggung dosa. Sebab tu setiap kali keluar bilik aku pakai tudung dan tutup kepala dengan tuala sebab tak tau lagi status agama dia yang sebenar.
Sekarang ni aku okyay je. Aku nak kerja part time dulu as penggunting benang lebihan kat tudung . Bayar rm7 sejam. Sementara nak tunggu comfirmation dari Centre Atfal Jannah tu. Boleh lah tampung ekonomi kat sini. Aiseh aku berbelanja macam2 kat sini. Ingat nak jimat makanan. Tu yang aku beli byk bubur dan mee segera, sebab nak makan tu je. Bukan boleh percaya sangat aku ni kalau bab makan. Asyik nak makan viral dan best2 sedap2 je. Haha. Lepas ni kena belajar berjimat sebab aku dah ada kesedaran terhadap kewangan ni. Setakat aku dah kumpul 20 gram emas. Dan adalah rantai emas yang emak aku bagi which is itulah simpanan aku kalau convert kepada wang nanti. That is my asset. Sekarang aku harapkan gaji aku dan wang bantuan JKM sebanyak RM450. Cukuplah tu nak tampung hidup aku di tempat orang. Kalau stay kat rumah kan, dah save duit makan, tapi kat sini kena catu la makan. Nak jimat punya pasal.
Lagi satu aku nak cakap, aku perasan yang hidup aku dah ada banyak improvement dari segi emosi, tingkah laku dan perbuatan. Aku banyak berdoa kat Allah agar Allah uruskan segala-gala emosi dan perbuatan aku which is aku amalkan baca mathurat pagi petang, baca yassin utk dipermudahkan semua urusan, baca al-mulk untuk selamat dari azab kubur, baca al-waqiah untuk jauh dari papa kedana dan penarik rezeki, amalkan surat at-taubah ayat 128 & 129 sebelas kali sebelum tido. Tok Guru Syeikh Zainul Asri kata bila kita amalkan ayat tu, Allah akan sihatkan roh, jasmani dan minda kita.
Dan yes sejak aku amalkan aku dah tak sesedih dlu, aku dah kuat sikit, aku dah boleh handle emosi dengan baik . Tu semua dengan izin dan bantuan Allah. Korang amalkan lah ye. Tingkatkan spiritual kita. InsyaAllah Allah jaga kita. Aamiin. Dan sentiasa selawat dan istighfar. Jangan lupa juga amalkan zikir paling powerful iaitu: ' Laila ha illallah hu wahdahu la syarikalah, Lahul mulku walahulhamdu wahua a'ala kulli syain qadir'. Sebanyak 100 x pagi dan petang. Selamat beramal!
Okaylah itu sahaja perkongsian hidupku.
Comments
Post a Comment