Throwback penulisan dulu
THE RETURN
Assalamualaikum w.b.t.
Bismillahirrahmanirrahim. MasyaAllah awkward awkward dan awkward sangat
nak mula menaip di laman ini. Hampir setahun lebih juga tak menulis. Akhirnya aku
terdetik nak kembali menulis sebab ni lah dulu satu-satunya medium untuk aku
meluah segala-galanya pasal diri aku (sangatlah poyo dan syok sendiri) . Sebab
bila kau tak mampu meluah dengan bercakap, kau tulis. Kau tulis.
Malam ini aku perasan seseuatu yang tak pernah aku
perasan sebelum sebelum ini. It's me,
being emotional. I repeat, emotional.
Alaa kau tahu budak emo?
Haa itulah aku. Emo lebih.
Rasa nak tumbuk diri laju-laju.
Me and my insecurities. It never ends. It is like, I am having two sides of me. Whenever the first me try to run away from the secomd me, the second me never wants to let me go. So I am still the same
miserable me. It is like
running in a circle. Still beautiful broken and mess up me.
The one who has low self-esteem, the one who has trouble in expressing her opinion, who always feels that she is the side-chick of her bestfriends , the one who thought "she is the best but she is still not the best enough". The one yang always
terhegeh-hegeh nak kawan dengan orang sedangkan orang tu tak teringin pun nak kawan dengan aku sebab
diorang ada kawan yang lebih menyeronokkan. The one yang hidupnya banyak dibazirkan
masa dengan spend time alone in solidarity
with all those books on the shelves, films and music rather than hangout or
socialize because she is worried that people would find her
boring as hell.
See. All of those personal problems yang sebenarnya bagi orang
lain macam, "Hek eleeh remeh gila
masalah engko ni.. Tak payah nak fikir sangat. Chill laa." Ya, cakap
memang senang tapi yang laluinya aku. Kita tak sama. Persekitaran kita membesar tak sama. Bila layanan
keluarga tak sama, makanan tak sama, tempat membesar tak sama maka terhasillah
produk yang berlainan. Kau dan aku lain. Bertahun-tahun hidup dalam dunia sendiri sampaikan aku
rasa aku banyak berkomunikasi dengan hati sendiri daripada bercakap dengan
manusia.
Lalu, peningkatan apa yang aku dapat? Improvement
apa yg aku kecapi kalau hari-hari yang aku lalui hanya berbual
dengan diri sendiri? Gila? Sampai satu tahap aku dah tak tau macam mana
nak bergaul dengan manusia. Social
phobia. Panik. Gelisah bila berdepan dengan manusia even dengan kawan sendiri pun. Aku jadi takut dengan expectation orang. Aku takut orang benci
aku. Bahkan aku sanggup kaku, mati dan sembunyikan diri aku yang sebenar
dalam-dalam sampai aku tak ingat siapa aku, hanya semata-mata tidak mahu dibenci dan
dikutuk orang. Jadi, aku bina personaliti baru konon-konon macam orang akan suka dan
terima aku yang baru, padahal nakhrommm tak ada maknanya. Aku yang
makin sakit adalah sebab hidup dalam kepura-puraan. 24 jam sehari berlakon di setiap tempat dan setiap waktu sampai aku letih dengan
diri sendiri. Letih.
Untuk diri sendiri. Syahida, stop
torturing yourself. Kau tak kesian ke kat diri kau? Kau buang diri kau
jauh-jauh sampai kau hilang keunikan diri. Kau jaga hati orang, sampai hati
sendiri hancur berkecai pecah tercarik tak tau nak selotep macam mana lagi dah.
Kau nak orang terima kau, kau
berpura-pura being nice and perfect.
Perfection is dull. There is no perfection in this world. That is impossible. We can not satisfy everyone in this world. Even Nabi Muhammad SAW yang mulia pun dibenci orang
yahudi, inikan aku pulak yang biasa-biasa ni.
Sekarang, aku nak lepaskan semua itu. Aku nak diri aku
balik. I will accept myself the way I am and I will create the better version of me. Tak kisahlah kalau ada orang tak suka. Because the one who matters doesn't mind, the one who mind it does not matter. I need to start loving myself first. What others think about me is not important.
What I think about me is everything.
Wahai diri sendiri,
you are important. You are beautiful, kind, cheerful,
intelligent, a good listener, caring, funny in a lame way, tall, you
have good parents, supportive brothers and you are a visionary person who always want to be a good muslimah. (Aku rasa aku kena masuk bakul angkat sendiri sebab kalau aku tak ucapkan kata-kata yang baik pada diri sendiri, then siapa lagi?)
Syahida, in your heart, you always have a soft spot for Islam. Always. Only Allah knows how much you cried
because you feel bad that you are not a good servant yet. Please pat your own back because even though you have miserable thoughts, you still have been blessed with a speck of imaan.
May Allah grant me and people with
broken heart and mental illness as painful as mine with huge blessing, love
and maghfirah. Berhenti daripada menzalimi diri sendiri dan mulalah dongak ke langit, pandang
awan cari hikmah yang tersembunyi yang Allah sediakan terbentang luas. Moga
Allah bagi kekuatan untuk kita yang lemah ini supaya jumpa jalan keluar dari
kepompong bisu dan sempit. Supaya kita nampak pertolongan Allah itu ada dimana-mana. Allah Maha Dekat. Sangat dekat dan rapat jika hendak dibandingkan dengan
urat di leher seperti yang diberitahu olehNya dalam Surah Qaf ayat 16.
Kesedaran untuk berubah itu adalah ketukan hati dari
Allah. I want to change from
nerd-sad-lonely-fake Jane to a strong-independent-confident-cheerful syahida in an
honest way dengan semangan yang cekal. Pastinya ia akan memakan masa yang lama. Perubahan diri itu
mengambil masa yang
sangat panjang bukan? Boleh kata titik tamatnya ialah bila tiba sakaratul maut. Aku harap dengan berubahnya
aku, aku mampu salurkan diri untuk
berjasa pada ummah ke jalan Allah. InsyaAllah. Pandangan hidup kena luas. Hidup ni bukan utk diri kita
sahaja, tetapi untuk orang lain juga. Bukan sekadar untuk menyumbang kepada diri sendiri supaya lebih kaya, tetapi juga untuk menyumbang kepada manusia, negara, agama dan kucing-kucing yang comel di tepi jalan.
You know, like bringing myself to join persatuan agama, being a social butterfly to find sahabat-sahabat yang punya jiwa dan hati
yang sama, menuju jalan cinta Allah. Lepak di masjid dengan usrah dan bulatan gembira, bermesyuarat, uruskan dana,
kutipan derma untuk bantu mereka yang memerlukan. Menyusun aktiviti bulanan untuk santapan rohani
buat mereka-mereka yang dahagakan ilmu. Pergi mengembara ke pelusuk dunia
seperti macam Yemen, Mesir, Turki untuk tadabbur
alam. And the list goes on.
Ya Allah, bukan aku tak fikir semua ini. Betapa indahnya hidup macam ini dengan pelbagai cara untuk rapatkan diri dengan
Allah. Syukur sebab yang Satu tu, aku
dah ke arah itu. Dengan kesyukuran ini, aku kena buktikan dengan perbuatan. Jadi berani. Jangan takut orang. Jangan takut untuk berkongsi pendapat. Jadi diri sendiri. Kau penting, Syahida. Kalau kau tiada, hidup mereka mungkin sumbang dan sumbing. Kau penyeri kepada
setiap manusia yang pernah kau hadir dalam hidup mereka. Do not compare your first chapter with someone else's chapter 16.
Step by step.
Allah ada.
Allah bantu.
Terima kasih Allah,
Yang sentiasa ada mencintai aku
Yang sentiasa angkat aku bangun tika aku jatuh tersungkur
rebah
Dan Yang memahami aku di saat aku sendiri tak faham diri
ku.
Comments
Post a Comment